Presiden Insani Yardim Vakfi (IHH), Bülent Yildirim, dalam sidang media yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin NGO lain menyebut bahawa mereka tidak akan sekali-kali berundur walaupun satu langkah meskipun harus berhadapan dengan tindakan ganas tentera Israel sebagaimana yang disebut oleh media-media Israel. “Setelah bertungkus-lumus selama 2 bulan bagi membuat persediaan konvoi ini, kini tibalah masanya untuk kita belayar ke Gaza. Semua peserta konvoi menunggu saat kini, dan kini kita sudah bersiap sedia,” kata Bülent yang bertutur dalam bahasa Turki.
Konvoi kemanusiaan antarabangsa ke Gaza ini akan membawa aspirasi kemanusiaan masyarakat dunia yang prihatin terhadap kesengsaraan rakyat Gaza. Wakil-wakil NGO daripada lebih 50 buah negara akan menyertai konvoi ini. Seramai 35 orang ahli parlimen daripada Eropah dan Asia Tengah akan turut menyertai konvoi ini. “Tapi kami tidak akan membawa mana-mana ahli parlimen daripada Turki, tidak seorang pun,” kata Bülent.
Malahan beliau telah menolak permintaan mana-mana ahli parlimen Turki untuk turut menyertai konvoi ini. “Jika kita membawa ahli-ahli parlimen Turki, mereka (Israel) akan mendakwa bahawa konvoi ini ditaja oleh kerajaan Turki. Konvoi ini tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan Turki,” jelas Bülent lagi.
Beliau turut memberi amaran kepada Israel bahawa jika mana-mana peserta konvoi ditangkap atau dicederakan, demonstrasi secara besar-besaran akan diadakan di lebih 100 buah negara.
Israel turut mengumumkan “perang psikologi” terhadap konvoi ini dengan ugutan bahawa mereka telah menyiapkan sebuah pusat tahanan di Sderot khusus untuk menangkap peserta-peserta konvoi.
“Kami tidak peduli apa yang akan berlaku ke atas kami, hinggalah Palestin dibebaskan,” hujah beliau penuh bersemangat.
Tekanan ke atas Zionis semakin ketara apabila media-media Israel cuba menghubungi Bülent untuk membuat wawancara dan liputan berita.
Mohd Nizam,
HALUANPalestin
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26788:israel-mula-tertekan-dengan-kehadiran-konvoi-gaza&catid=94:global2&Itemid=135
Wednesday, May 26, 2010
Tuesday, May 18, 2010
Bahasa motivasi korporat
Apa pun jangan berfikiran negatif
“We will do it”means” You will do it”
“You have done a great job”means“More work to be given to you”
“We are working on it”means“We have not yet started working on the same”
“Tomorrow first thing in the morning”means“Its not getting done… At least not tomorrow !”
“After discussion we will decide – I am very open to views”means“I have already decided, I will tell you what to do”
“There was a slight miscommunication”means“We had actually lied”
“Lets call a meeting and discuss”means“I have no time now, will talk later”
“We can always do it”means“We actually cannot do the same on time”
“We are on the right track but there needs to be a slight extension of the deadline”means“The project is screwed up, we cannot deliver on time.”
“We had slight differences of opinion”means“We had actually fought”
“Make a list of the work that you do and let’s see how I can help you”means“Anyway you have to find a way out no help from me”
“You should have told me earlier”means“Well even if you told me earlier that would have made hardly any difference!”
“We need to find out the real reason”means“Well I will tell you where your fault is”
“Well… family is important, your leave is always granted. Just ensure that the work is not affected”means“Well you know…”
“We are a team”means“I am not the only one to be blamed”
“That’s actually a good question”means“I do not know anything about it”
“All the Best”means” You are in trouble”
http://www.isuhangat.net/
5 Tips Rahsia
"Rasullullah SAW sentiasa menggalakkan umat Islam agar rajin berusaha dan menjadi golongan yang kuat dan kaya". Menjadi kaya tidak sama dengan menjadi bahagia. Rahsia untuk mengetahui samada kita akan menjadi bahagia bila kaya kelak senang saja. Caranya ialah melihat samada kita bahagia dengan PROSES menjadi kaya tersebut. Sekiranya kita bahagia dan happy dengan kerja yang sedang kita buat, apabila menjadi kaya kelak, kita akan terus gembira. Bak kata orang putih, 'it is a process, not a destination' [ianya suatu proses, bukan suatu destinasi].
1. TIPS PERTAMA: AMALAN
Ada beberapa doa dan surah yang sentiasa penulis amalkan. Antaranya ialah mengamalkan membaca surah al-Wakiah dan surah al-Mulk setiap hari. Selain itu, penulis juga mengamalkan membaca Surah Ash-Shura ayat 49 dan surah al-talaq ayat 3. Ada yang panggil ayat seribu dinar.
2. BERNIAGA
SEBELUM penulis keluar negara, penulis ada pengalaman membuka kedai telefon bimbit, kedai buku, dan kedai runcit mini. Penulis mendapati bahawa perniagaan bukanlah suatu kerja yang mudah dan banyak halangannya. Meskipun begitu, berniaga adalah satu cara utama menjadi kaya malah hadis mengingatkan kita bahawa 9/10 dari rezeki adalah melalui perniagaan.
Nabi sendiri pun seorang peniaga. Antara tips penting dalam berniaga ialah teliti, sabar dan jangan tamak. DALAM dua tahun pertama, banyak masalah akan timbul dan adalah penting untuk tidak lemah semangat. Seeloknya sudah ada simpanan yang cukup untuk perbelajaan diri selama 4 bulan sebelum memulakan perniagaan.
Orang Cina bila berniaga suka berniaga secara berjemaah. Jika pergi ke kawasan peniaga Cina, rata-rata mereka menjual alat dalam kategori yang sama di kawasan yang sama dan saling tolong-menolong. Ini berbeza dengan orang Melayu yang suka berniaga solo dan tidak saling bantu-membantu. Kalau kita melihat peniaga Cina, sekalipun dia MCA atau DAP, mereka tetap bekerjasama. Ini berbeza dengan peniaga UMNO dan ahli UMNO yang suka menindas peniagaan peniaga yang pro-PAS.
Yang paling penting, bila berniaga, mesti ada perancangan. Menurut Felix Dennis dalam karyanya How to Get Rich?, ada 2 rahsia paling penting dalam menjadi kaya (dia sendiri memiliki lebih ratusan juta dollar). Yang pertama ialah Ownership dan yang kedua ialah Delegation (pandai lantik orang).
3. OWNERSHIP/PEMILIKAN
Anda tidak akan menjadi benar-benar kaya sekiranya anda kerja makan gaji atau kerja dengan orang. Bekerja sebagai peguam gajinya memang lebih tinggi tetapi konsepnya masih sama sekiranya anda hanya bekerja untuk bos. Anda akan menjadi takut hendak mengambil risiko.
Ini berbeza dengan orang Cina yang lebih berani mengambil risiko. Ini dapat dilihat dalam trend mengundi di mana penyokong UMNO tegar rata-ratanya terdiri dari kaum Melayu yang kurang berpendidikan khususnya makcik pakcik di Felda.
Ownership atau pemilikan adalah penting kerana banyak sebab. Sekiranya anda berkongsi atau bekerja untuk orang, anda tidak dapat pergi jauh kerana anda perlu meminta izin dan berbincang setiap kali ingin membuat keputusan penting.
4. Delegasi
Anda susah hendak menjadi kaya sekiranya anda perlu membuat semua kerja. Anda perlu pandai delegasi. Banyakkan membaca agar lebih faham kaedah yang betul.
Sebagai contoh, anda membuka perniagaan gerai air Soya di pasar malam dengan keuntungan bersih RM 900 sebulan. Sekiranya anda melantik pekerja yang berkebolehan dan membayarnya RM500 sebulan, anda mendapat untung RM400 sebulan tanpa bekerja. Sekiranya anda ada 6 cawangan atau enam gerai, anda sudah mendapat untung bersih RM 2400 sebulan tanpa bekerja. itulah contohnya.
5. Just Do It
Tips kelima ini merupakan tips yang paling susah. Semakin tua kita akan semakin banyak alasan. Sekiranya umur anda sudah melebihi 30 tahun, kemungkinan anda akan berhenti kerja dan menceburkan diri dalam perniagaan adalah kurang dari 10%.
Banyak alasan yang boleh kita beri untuk menjustifikasi keengganan dan kegagalan kita menjadi kaya. Contoh lazim ialah:
1. Oh, aku memang dari keluarga susah. Kalau aku dari famili kaya tentu aku boleh jadi kaya
2. Aku bukannya tak nak berniaga tapi aku bimbangkan isteri dan anak aku. Kalau aku single, tentu aku berniaga.
3. Aku single so aku nak kerja makan gaji untuk kumpul duit untuk kahwin dulu.
4. Berniaga ni risiko besar, aku takut rugi.
5. Alah, duit bukan segalanya. Aku redha sekalipun aku tak berduit.
6. Aku zuhud sebenarnya. Sekalipun aku tak derma kat anak yatim dan golongan miskin, aku pergi masjid sesekali.
Pendek kata, banyaklah alasan kepada mereka yang mencari-cari alasan.
Wassalam
Oleh: dewa
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4964&mode=thread&order=0&thold=0

Subscribe to:
Posts (Atom)
Hidupkan demokrasi rakyat.
Puliharalah kepercayaan rakyat terhadap pemimpin demi demokrasi rakyat dari rakyat untuk rakyat.