Enam jenis makanan yang boleh diambil untuk mengawal tubuh daripada mudah dijangkiti penyakit.
1. Seleri - sejenis sayur berbatang lembut, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, karotin, vitamin A, B kompleks dan C. Traditional untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan pusingan haid dan mengatasi masalah keputihan. Ia juga boleh merawat penyakit kulit seperti jerawat serta ruam.
2. Jambu batu - mengandungi vitamin C untuk kesihatan kulit, gigi, gusi dab penyembuhan luka. Juga mengandungi vitamin B iaitu pektin sejenis serabut larut yang dapat mengurangkan kolestrol dalam darah terutamanya jenis LDL.
3. Buah delima - untuk rawatan demam panas, batuk, ulser dalam mulut dan melawaskan pembuangan air besar. Mengandungi tanin, asid sitrik (mempunyai anti oksidan dan kesan antitumor dalam kajian keatas haiwan), vitamin C dan asid borid yang mempunyai kesan antiseptik.
4. Betik - mengandungi kalium, kalsium, vitamin A, C dan karpain (berupaya melambatkan degupan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh amoeba dan meransang pembuangan air kecil. Air rebusan betik muda dipercayai dapat merawat darah.
5. Durian Belanda - mengandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C.
6. Kubis - mengandungi agen antikanser, mampu mencegah ulser perut juga mengandungi anti bakteria.
Berita Harian 12 Apr 10.
Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika.
Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=15791#461473
Monday, April 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hidupkan demokrasi rakyat.
Puliharalah kepercayaan rakyat terhadap pemimpin demi demokrasi rakyat dari rakyat untuk rakyat.
No comments:
Post a Comment