1Malaysia - Rakyat didahulukan untuk kepentingan dan kesenangan rakyat.

Rakyat yang memilih pemimpin dan pemimpin berkhidmat untuk rakyat dengan imbuhan tertentu. Jangan hilangkan kepercayaan rakyat dengan mempersendakan dan mempermainkan amanah yang telah diberikan.

Walaupun dalam hierachy rakyat duduknya dibawah sekali tetapi sebenarnya merekalah yang menentukan segalanya. Kebenarannya adalah setiap lima tahun pemimpin akan mula berkempen untuk memenangi hati rakyat supaya diberi mandat untuk mereka berkhidmat untuk rakyat.

Tuesday, July 6, 2010

Belanda Berjaya Layak Ke Akhir WC2010

CAPE TOWN, 7 Julai - Pasukan Belanda memperagakan aksi mantap pada separuh masa kedua dan mara ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali ketiga selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Uruguay awal pagi tadi. Wesley Sneijder menjaringkan gol kelima peribadinya di Afrika Selatan dan Giovanni van Bronckhorts menambah satu lagi gol dalam kejohanan tersebut tatkala Belanda mara ke saingan akhir dalam tempoh 32 tahun. Van Bronckhorst menjaringkan gol melalui rembatan cantik pada minit ke-18 tetapi berjaya disamakan oleh Diego Forlan pada minit ke-41.

Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk kemudiannya menggantikan Demy de Zeeuw dengan memasukkan Rafael van der Vaart dan ia membuahkan hasil selepas Sneijder serta Arjen Robben berjaya menambah gol pada separuh masa kedua. Maximiliano Pereira menambah gol kedua Uruguay pada minit ke-90.
http://pahangdaily.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Hidupkan demokrasi rakyat.

Puliharalah kepercayaan rakyat terhadap pemimpin demi demokrasi rakyat dari rakyat untuk rakyat.