1Malaysia - Rakyat didahulukan untuk kepentingan dan kesenangan rakyat.

Rakyat yang memilih pemimpin dan pemimpin berkhidmat untuk rakyat dengan imbuhan tertentu. Jangan hilangkan kepercayaan rakyat dengan mempersendakan dan mempermainkan amanah yang telah diberikan.

Walaupun dalam hierachy rakyat duduknya dibawah sekali tetapi sebenarnya merekalah yang menentukan segalanya. Kebenarannya adalah setiap lima tahun pemimpin akan mula berkempen untuk memenangi hati rakyat supaya diberi mandat untuk mereka berkhidmat untuk rakyat.

Tuesday, July 6, 2010

Mat Kilau - Sejarah Perjuangan Pahlawan Melayu Di Pahang

Mat Kilau adalah pejuang Melayu yang berasal dari Pulau Tawar Jerantut yang berjuang menentang penjajahan British di bumi Pahang dulu. Beliau dituduh sebagai pengkhianat bangsa gara-gara berjuang menghalau orang putih dari merompak segala khazanah dan hasil mahsul negeri Pahang ini.

Perjuangan Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman dan ramai lagi adalah satu perjuangan yang luhur dan murni dalam usaha untuk menegakkan Islam dan keadilan di bumi Pahang ini dulu. Perjuangan mereka ikhlas dan tidak mengharapkan imbuhan, pangkat serta ganjaran. Mereka berjuang menghalau penjajah British kerana mereka tahu orang Melayu yang beragama Islam di negeri ini akan "punah ranah" jika ditadbir oleh orang putih. Makanya mereka berjuang menghalau penjajah terbabit demi agama, bangsa dan negara.

Mereka sanggup bermandikan darah, berumah di hutan dan mengharungi berbagai onar dan duri semata-mata mahu membebaskan negeri ini dari belenggu penjajah. Namun, akhirnya mereka terpaksa lari serta dicop "penderhaka" dan "pengkhianat" semata-mata kerana mereka tidak mahu tunduk dan terus berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk membela rakyat.

Mereka tahu, jika dibiarkan Inggeris menguasai pentadbiran di negeri ini maka akhirnya mereka akan menanamkan dakyah-dakyah serta fahaman barat ke dalam jiwa-jiwa orang Melayu yang beragama Islam di negeri ini. Mereka akan membawa budaya mungkar untuk diterap dan diamalkan oleh orang Melayu. Maka, akhirnya akhlak generasi muda itu akan punah dan Islam hanya tinggal pada nama sahaja. Sebaliknya, akidah dan keimanan akan hancur luluh diperkosa oleh mereka. Inilah agenda barat dalam memesongkan umat Islam di negeri ini. Sebab itulah Mat Kilau dan pejuang yang lain bermati-matian serta berhempas pulas menghalau mereka dari terus mengembangkan dakyah-dakyah tersebut.

Sebagai bukti, kini kita dapat lihat begitu banyak sekolah-sekolah Inggeris yang menggunakan nama mubaligh mereka (St Thomas, Methodist Girl, Clifford dll). Akhirnya ramailah anak-anak orang Melayu yang dihantar belajar ke sekolah terbabit dan menerima dakyah penjajah itu.

Akhirnya jiwa-jiwa anak-anak orang Melayu ini rosak akibat terdidik dengan asuhan dan budaya Inggeris. Mereka inilah yang kini menjadi perosak agama, bangsa dan negara. Mereka inilah yang kini menjadi penghalang perlaksanaan Islam di negara ini. Mereka ini jugalah yang kononnya berjuang untuk membela agama, bangsa dan tanahair.

Padahal, mereka sebenarnya kini mendapat "ajaran British" dan gemar mengamalkan cara hidup barat sejak dulu, kini dan selamanya? Pejuang Melayu terdahulu menghalau penjajah British dari bumi ini
http://pahangdaily.blogspot.com/

Pahlawan Melayu tersohor negara ini Almarhum Mat Kilau

Ketokohan Mat Kilau diakui dunia, malah perjuangannya termaktub dalam khutub khanah di London. Beliau menggadai nyawa mempertahankan agama dan tanah air daripada pencerobohan dan penjajahan kafir British.

Beliau juga bersama beberapa pemimpin Melayu seperti Orang Kaya Semantan Dato’ Bahaman dan ayahandanya sendiri Imam Perang Rasu atau Tok Gajah telah menggerakkan kesedaran orang-orang Melayu ketika itu bangun berjuang menentang penjajahan, penindasan dan kezaliman.

Mat Kilau ‘mengajar’ bangsa penjajah iaitu kuasa terbesar dunia ketika itu, bahawa orang Melayu masih punyai maruah dan integriti bangsa sendiri sehingga tidak mudah ditakluk fizikal spiritual dan mentalnya. Pendek kata, Mat Kilau ialah legenda pahlawan Melayu yang amat digeruni pada satu ketika dahulu mengukir nama dalam sejarah negara kerana berani tampil menentang penjajah meski pun tanpa kekuatan, kelengkapan dan sokongan setara. Memang beliau bukan seorang perdana menteri yang punyai kuasa besar bagi tujuan politik dan memberi projek. Namun beliau menjadi simbol kegagahan, simbol keberanian dan semangat waja bangsa Melayu sendiri.
http://www.selamatkanpahang.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Hidupkan demokrasi rakyat.

Puliharalah kepercayaan rakyat terhadap pemimpin demi demokrasi rakyat dari rakyat untuk rakyat.