1Malaysia - Rakyat didahulukan untuk kepentingan dan kesenangan rakyat.

Rakyat yang memilih pemimpin dan pemimpin berkhidmat untuk rakyat dengan imbuhan tertentu. Jangan hilangkan kepercayaan rakyat dengan mempersendakan dan mempermainkan amanah yang telah diberikan.

Walaupun dalam hierachy rakyat duduknya dibawah sekali tetapi sebenarnya merekalah yang menentukan segalanya. Kebenarannya adalah setiap lima tahun pemimpin akan mula berkempen untuk memenangi hati rakyat supaya diberi mandat untuk mereka berkhidmat untuk rakyat.

Sunday, July 11, 2010

Piala Dunia: Sepanyol Menjadi Juara Menewaskan Belanda 1-0

Pasukan Sepanyol menepati ramalan untuk menjadi juara Piala Dunia Fifa 2010, apabila menang bergaya menewaskan Belanda 1-0 di Stadium Socces City, Johannesburg pagi ini.

Gol kemenangan Sepanyol dijaringkan oleh Andres Aniesta pada minit ke-116 pada masa tambahan. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam aksi separuh masa pertama tatkala Sergio Ramos mempunyai peluang terbaik untuk memberikan skuad La Roja gol awal menerusi tandukan pada minit kelima. Hantaran teliti dan pantas membantu Sepanyol mendominasi perlawanan dalam tempoh 45 minit pertama itu.

Tindakan pengadil England, Howard Webb melayangkan kad merah kepada pertahanan Belanda, John Heitinga pada minit ke-109 menjadi detik kejatuhan ‘The Flying Dutchman’.

Kemenangan ini meletakkan pasukan Sepanyol sebagai pasukan terbaik musim ini apabila berjaya memenangi Juara Eropah 2008 dan Juara Piala Dunia 2010.
http://pahangdaily.blogspot.com/

Piala Dunia 2010 dan sotong...

Jaringan lewat Andres Iniesta dalam waktu tambahan membolehkan Sepanyol, sebagaimana telah diramalkan oleh sotong gurita "Paul" kelmarin, menjulang Piala Dunia 2010 di sini awal pagi tadi.

Kemenangan 1-0 ke atas Belanda ini merupakan yang pertama bagi Sepanyol yang muncul juara Eropah dua tahun lalu.

Legenda bola dari Brazil Pele juga telah meramalkan kejayaan Sepanyol ini pada Januari 2009.
Sotong gurita ini telah meramalkan kemenangan dan kekalahan Jerman termasuk di separuh akhir dan tempat ketiga awal pagi semalam. Ia seterusnya meramalkan kejayaan Sepanyol.

Malah Sepanyol juga mencipta sejarah memenangi kejuaraan edisi 2010 ini yang berlangsung julung kali di benua Afrika.

Dengan berada dalam kedudukan selesa di kawasan kotak penalti, meskipun pemain-pemain Belanda menganggapnya 'offside', Iniesta menyempurnakan bola dihantar Cesc Fabregas untuk menewaskan penjaga gol Maarten Stekelenburg pada minit ke-109.

Pertemuan kedua-dua pasukan ini dalam misi mencari kejuaraan julung masing-masing tidak menarik di separuh masa pertama meskipun Belanda kelihatan memperoleh banyak peluang.
Analisis akhir menunjukkan Sepanyol 53 peratus permainan berbanding Belanda 43 peratus.
Pun begitu pertemuan akhir ini disifatkan 'hodoh' oleh banyak pengulas dan pemerhati dengan Belanda menerima 11 kad kuning manakala Sepanyol pula lima.

Sepanyol menjaringkan golnya sejurus selepas barisan Belanda merosot kepada 10 orang kerana dibuang padang.

Belanda telah dua kali tewas dalam final iaitu pada 1974 dan 1978 manakala Sepanyol bermain kali pertama di final.
http://blog2-pakatan.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Hidupkan demokrasi rakyat.

Puliharalah kepercayaan rakyat terhadap pemimpin demi demokrasi rakyat dari rakyat untuk rakyat.