1Malaysia - Rakyat didahulukan untuk kepentingan dan kesenangan rakyat.

Rakyat yang memilih pemimpin dan pemimpin berkhidmat untuk rakyat dengan imbuhan tertentu. Jangan hilangkan kepercayaan rakyat dengan mempersendakan dan mempermainkan amanah yang telah diberikan.

Walaupun dalam hierachy rakyat duduknya dibawah sekali tetapi sebenarnya merekalah yang menentukan segalanya. Kebenarannya adalah setiap lima tahun pemimpin akan mula berkempen untuk memenangi hati rakyat supaya diberi mandat untuk mereka berkhidmat untuk rakyat.

Wednesday, June 2, 2010

480 Orang Aktivis Kini Di Humban Ke Penjara

Israel dilaporkan menahan 480 aktivis pro-Palestin yang ditawan komandonya dalam flotila kebebasan yang membawa misi bantuan ke Semananjung Gaza, semalam.

Menurut AFP yang memetik laporan radio awam Israel, pihak berkuasa negara itu juga akan melepaskan 48 tahanan yang lain. Mereka yang ditawan itu kini diletakkan dalam penjara Ashdod di selatan Israel. Sementara 48 yang akan dibebaskan kini dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada 12 rakyat Malaysia yang ditawan semalam itu antara yang dibebaskan ataupun dihumban ke penjara Israel.

16 Orang Aktivis Konvoi Di Serang Polis Israel

16 orang aktivis konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diserang oleh polis Israel awal pagi semalam telah dihantar ke penjara, malahan puluhan lagi aktivis akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

Menurut maklumat, para aktivis dibawa ke darat dan dipenjara di sebuah gurun selatan bandar Bersyeba kerana enggan memberikan maklumat peribadi mereka. Seramai lebih 700 aktivis lagi diusir oleh tentera Israel, tetapi mereka yang menolak untuk rundingan akan terus dipenjara. Seramai 80 orang aktivis telah dibawa ke pantai sehingga lewat malam tadi.

http://pahangdaily.blogspot.com/2010/06/terkini-konvoi-misi-bantuan-kemanusiaan.html

No comments:

Post a Comment

Hidupkan demokrasi rakyat.

Puliharalah kepercayaan rakyat terhadap pemimpin demi demokrasi rakyat dari rakyat untuk rakyat.