1Malaysia - Rakyat didahulukan untuk kepentingan dan kesenangan rakyat.

Rakyat yang memilih pemimpin dan pemimpin berkhidmat untuk rakyat dengan imbuhan tertentu. Jangan hilangkan kepercayaan rakyat dengan mempersendakan dan mempermainkan amanah yang telah diberikan.

Walaupun dalam hierachy rakyat duduknya dibawah sekali tetapi sebenarnya merekalah yang menentukan segalanya. Kebenarannya adalah setiap lima tahun pemimpin akan mula berkempen untuk memenangi hati rakyat supaya diberi mandat untuk mereka berkhidmat untuk rakyat.

Sunday, June 6, 2010

Pengurusan Berat Badan

Bagaimana mengetahui status berat badan saya?

Anda boleh menilai status berat badan dengan pengiraan Indeks Jisim Tubuh (IJT). Indeks Jisim Tubuh menentukan samada anda mempunyai risiko yang tinggi atau rendah dalam mengalami masalah kesihatan. IJT adalah formula untuk menilai berat badan berbanding dengan ketinggian anda. Ia di kira menggunakan formula seperti berikut

IJT = Berat ( kilogram )
--- ________________________
Tinggi (meter) x Tinggi ( meter )

Jika IJT anda (kg/m2) adalah : Anda adalah
< 18.5 Kekurangan berat badan
18.5 - 24.9 Normal
25 - 30 Berlebihan berat badan
30 atau lebih Obes

Apa itu berat badan yang sihat?

Jika nilai IJT anda adalah diantara 18.5 sehingga kurang daripada 25, maka berat badan anda adalah normal. Contoh , seorang perempuan dengan ketinggian 1.5 meter dan berat badan 53 kg akan mempunyai IJT : 53/(1.5 x 1.5) = 23.5 kg/m2

( berat badan normal)

http://www.dariwanitauntukwanita.com/?lang=my&id=1&mnu=1

No comments:

Post a Comment

Hidupkan demokrasi rakyat.

Puliharalah kepercayaan rakyat terhadap pemimpin demi demokrasi rakyat dari rakyat untuk rakyat.