Biadapnya rejim Yahudi, bila mereka tergamak mengarahkan tentera laut Israel menyerang tujuh buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.
Kapal terbesar konvoi yang belayar melalui Laut Maditerranean itu iaitu Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel hari ini. Serangan tersebut mengakibatkan 19 orang sukarelawan terbunuh dan 66 yang lain cedera parah.
Konvoi yang diketuai oleh sebuah NGO Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) itu turut disertai oleh 12 orang sukarelawan dan petugas media dari Malaysia. Setakat ini semua sukarelawan dari negara kita didapati berada dalam keadaan selamat.
Konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Undang-Undang Maritim lain yang berkaitan. Antara lain resolusi itu menyeru supaya penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan. Disamping itu juga menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisme lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan.
Malah, mereka yang terlibat juga menyeru supaya semua negara menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza termasuk mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam serta semua bentuk keganasan yang dilakukan oleh Rejim Yahudi.
http://pahangdaily.blogspot.com/2010/05/jahanam-yahudi-bertindak-biadap-bila.html
Wednesday, June 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hidupkan demokrasi rakyat.
Puliharalah kepercayaan rakyat terhadap pemimpin demi demokrasi rakyat dari rakyat untuk rakyat.
No comments:
Post a Comment