1Malaysia - Rakyat didahulukan untuk kepentingan dan kesenangan rakyat.

Rakyat yang memilih pemimpin dan pemimpin berkhidmat untuk rakyat dengan imbuhan tertentu. Jangan hilangkan kepercayaan rakyat dengan mempersendakan dan mempermainkan amanah yang telah diberikan.

Walaupun dalam hierachy rakyat duduknya dibawah sekali tetapi sebenarnya merekalah yang menentukan segalanya. Kebenarannya adalah setiap lima tahun pemimpin akan mula berkempen untuk memenangi hati rakyat supaya diberi mandat untuk mereka berkhidmat untuk rakyat.

Wednesday, June 2, 2010

Wartawan Awani: ‘Kami diserang bertubi-tubi komando Israel’

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Kesemua 12 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa serangan Israel ketika dalam perjalanan ke Gaza menyertai misi kemanusiaan kelmarin telah tiba dengan selamat di Jordan hari ini.

Mereka termasuklah dua wartawan Astro Awani.
Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk dua wartawan stesen televisyen Astro Awani berada dalam kapal Turki, “Mavi Marmara”, dan mereka dilaporkan selamat dalam serangan itu yang mengakibatkan beberapa sukarelawan terbunuh. Kesemua 12 rakyat Malaysia sudah dibebaskan dan kini berada di Jordan, kata wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, yang juga merupakan salah seorang daripada rakyat Malaysia yang turut berada di atas kapal itu semasa ia diserang.

Dalam satu lintas langsung dengan stesen itu pagi ini, Ashwad berkata mereka berada dalam keadaan selamat tetapi keletihan. Mereka dihantar dengan bas bersama sukarelawan daripada beberapa negara lain ke sempadan Israel-Jordan, dan kini dalam perjalanan ke Amman. “Kami berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia, pihak kedutaan (di Jordan) dan masyarakat antarabangsa yang banyak berusaha untuk keluarkan kami,” kata Ashwad, 25, yang dihubungi oleh stesen itu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan agar mereka selamat dan mengadakan sembahyang hajat. Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah satu daripada konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza. Ketika ditanya pengalaman sepanjang insiden itu, Ashwad berkata layanan yang diterima dalam tempoh 28 jam itu mengambarkan konflik enam dekad yang dialami oleh rakyat Palestin yang tertindas. Katanya kejadian itu bermula apabila tentera Israel mengepung kapal mereka ketika ia berada kira-kira 68 batu di luar perairan Israel pada pukul 4.20 pagi. “Tentera Israel mengepung kami dari semua pelosok... mereka menggunakan 19 bot, lapan kapal laut dan tiga helikopter,” katanya. Menurut beliau, tentera Israel menggunakan peluru hidup ketika menyerang kapal itu dan berdepan dengan sukarelawan yang hanya menggunakan peralatan bukan senjata, seperti air dari pili bomba. “Kami diserang bertubi bertubi oleh komando yang naik ke atas kapal. Saya dan Samsul (jurukamera) terselamat tetapi dua sukarelawan yang berada di tepi kami terkena tembakan di tangan dan bahu,” katanya. “Kami kemudian lari ke kawasan lebih selamat... kami lihat ada sukarelawan yang berlumuran darah ... ini pengalaman memeritkan yang berjaya membuka mata dunia apa yang berlaku. Tak sangka Israel bertindak demikian... kami hanya orang awam,” tambah beliau.

Ditanya keadaan Samsulkamal Abdul Latip, Ashwad berkata beliau selamat tetapi kedua-dua mereka terpisah selepas mereka ditahan dan digari oleh tentera Israel, dan hanya ditemukan selepas dibebaskan di sempadan Israel-Jordan. Beliau berkata kesemua 12 rakyat Malaysia itu akan bertemu dengan Duta Malaysia di Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz sebelum mengatur rancangan pulang ke tanah air.

Saya dapat rasakan bagaimana derita penduduk Palestin semasa berada dalam tahanan – Wartawan Astro, Ashwad Ismail https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXuhFIc-QE9kD2XXumAJiHYC0Kmt1Wu1jBbozMbyzuaG4wksE6EYY2vUoL3-DOj-HIkJ0iWoCR2AcbGh-0H0rNdTyNkneuzO2Z7YjRJ4S05d6DcjttX2rhWrQpHWfgBkvQPIqfCfQXgKbC/s400/ashwad.jpg

Penderitaan rakyat Palestin selama enam dekad dapat saya rasakan sepanjang 28 jam berada dalam tahanan Israel – Wartawan, jurukamera Astro Awani dibebaskan 02/06/2010 12:36pm Oleh METRA SYAHRIL MOHAMEDmetra.mohamed@utusan.com.my

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=627533#627533

No comments:

Post a Comment

Hidupkan demokrasi rakyat.

Puliharalah kepercayaan rakyat terhadap pemimpin demi demokrasi rakyat dari rakyat untuk rakyat.