1Malaysia - Rakyat didahulukan untuk kepentingan dan kesenangan rakyat.

Rakyat yang memilih pemimpin dan pemimpin berkhidmat untuk rakyat dengan imbuhan tertentu. Jangan hilangkan kepercayaan rakyat dengan mempersendakan dan mempermainkan amanah yang telah diberikan.

Walaupun dalam hierachy rakyat duduknya dibawah sekali tetapi sebenarnya merekalah yang menentukan segalanya. Kebenarannya adalah setiap lima tahun pemimpin akan mula berkempen untuk memenangi hati rakyat supaya diberi mandat untuk mereka berkhidmat untuk rakyat.

Monday, March 15, 2010

Akbar itu dia punya

Bila sudah menjadi hak mereka maka mereka bebaslah berbuat sesuka hati dan semestinya mengikut kata hati dan telunjuk mereka. Apa yang dihairankan kerana masing-masing mempunyai media dan saluran sendiri untuk menyalurkan maklumat kepada pengikut atau kumpulan sendiri. Cuma mereka tidak boleh dakwa bahawa mereka bersikap adil dan berita yang mereka bawa adalah berita benar. Berita mereka adalah mengikut cita rasa dan kehendak golongan mereka dan benarlah bagi kumpulan mereka tetapi berkemungkinan berat sebelah untuk umum dan tidak benar sama sekali jika dipandang dari sudut pihak lain. Persepsi dan pandangan setiap individu adalah berbeza mengikut cita rasa masing-masing tetapi kita tidak boleh menghalalkan cara dan yang putih tetap putih dan yang hak kepada yang berhak.

Kebebasan adalah untuk diri sendiri sahaja dan tidak boleh melibatkan hak orang lain. Jika ia melibatkan hak orang lain maka kebebasan tersebut perlu diambil kira bagi kedua-dua pihak dan bukannya untuk peribadi sahaja. Ia juga sama bagi kumpulan dan masyarakat umum. Kebebasan perlu diambil kira bagi kepentingan umum dan hilanglah kepentingan peribadi. Ia juga mesti adil dan telus untuk semua tanpa mengira pangkat, kedudukan dan warna kulit. Tetapi apa yang telah ditetapkan dalam perlembagaan hendaklah dijadikan panduan kerana itu telah dipersetujui sebelumnya dan telah termaktub.

Jika berlaku berita yang berbeza dan bercanggah maka ia perlu dikembalikan kepada sumbernya yang sebenar untuk mendapatkan kasahihan berita tersebut. Tindakan juga boleh diambil jika ia melibatkan berita yang disifatkan sebagai menfitnah atau bertujuan jahat menjatuhkan maruah orang lain. Apa yang perlu dibuat adalah mengemaskinikan undang-undang sedia ada supaya berita palsu yang bertujuan jahat dan tidak beretika ini dapat diambil tindakan dengan memberi keadilan kepada orang yang difitnah mendapatkan pembelaan dan pemfitnah diambil tindakan yang sewajarnya. Badan kehakiman perlulah bebas, adil, telus dan bertanggungjawab.

Setiap perkara perlu ada had. Had yang dimaksudkan itu adalah peraturan dan undang-undang termasuklah etikanya dan hak orang lain untuk mempertahankan diri. Jika perkara ini tidak dikawal dan dibiarkan berleluasa maka akan lahirlah masyarakat yang bebas menfitnah, memburukkan orang lain serta jatuh menjatuhkan maruah orang demi kepentingan peribadi dan kumpulan tertentu. Walaupun kita berhak memberi pendapat dan buah fikiran tetapi oarang lain juga berhak mempertahankan diri dan maruah mereka. Cuma peraturan dan undang-undang yang jelas sahaja dapat digunakan dan dikuatkuasakan dengan mudah untuk menghindarkan dari perkara tersebut berleluasa dan menjadi parah. Tetapi dalam masa yang
sama kita juga tidak boleh bersubahat dengan perkara yang tidak baik terutama yang boleh menjahanamkan negara kita. Perkara yang betul dan benar perlu ditegakkan dan disokong untuk mengelakkan ianya menjadi mangsa keadaan dan begitulah sebaliknya iaitu perkara yang jelek dan tidak baik perlu dihalang dan dibenteras.

Apa yang perlu kita lakukan adalah mempertahankan diri kita dengan apa yang kita ada sekarang dengan sebaik mungkin dengan berkesan. Guna media yang kita ada sebaik mungkin untuk menghebahkan segala kegiatan kita dan prinsip perjuangan kita disamping menjawab semua tuduhan jahat yang mereka dakwa dengan fakta yang betul dan berhemah. Jangan balas perbuatan jahat mereka dengan kejahatan tetapi dengan memberi jawapan yang sebenar disamping memperbaiki diri dengan apa yang ditegur mereka. Ambil tindakan makamah terhadap fitnah dan kejahatan yang mereka buat supaya kita tidak mengotorkan tangan kita seperti mereka suka lakukan. Keadilan dan kemuliaan akhirnya akan terserlah suatu hari nanti dan kebaikan perlu dipertahankan sampai bila-bila.

Hiduplah kita dengan bebas dan aman dengan berpegang kepada prinsip menggalakkan perbuatan baik dan menghalang perbuatan yang tidak baik disamping berimanlah kita kepadaNya. Kita akan berada dalam kerugian jika masih tidak faham tujuan kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment

Hidupkan demokrasi rakyat.

Puliharalah kepercayaan rakyat terhadap pemimpin demi demokrasi rakyat dari rakyat untuk rakyat.