1Malaysia - Rakyat didahulukan untuk kepentingan dan kesenangan rakyat.

Rakyat yang memilih pemimpin dan pemimpin berkhidmat untuk rakyat dengan imbuhan tertentu. Jangan hilangkan kepercayaan rakyat dengan mempersendakan dan mempermainkan amanah yang telah diberikan.

Walaupun dalam hierachy rakyat duduknya dibawah sekali tetapi sebenarnya merekalah yang menentukan segalanya. Kebenarannya adalah setiap lima tahun pemimpin akan mula berkempen untuk memenangi hati rakyat supaya diberi mandat untuk mereka berkhidmat untuk rakyat.

Monday, March 8, 2010

Kekuatan jenama parti dan pemimpin

Bagaimana sesebuah parti politik itu wujud adalah disebabkan beberapa perkara antaranya untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan, mengekalkan tradisi, untuk kepentingan kaum, pilihan kepada parti yang ada, disebabkan oleh pemimpin dan ahli yang marah, tertindas, kecewa, pemulihan parti, untuk agama, reformasi pemimpin dan berbagai alasan lagi. Pada peringkat awalnya parti ini ditubuhkan oleh beberapa orang yang berpengaruh dan akhirnya menjadi pemimpin kepada parti tersebut. Pengikutnya pula adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kehendak dan keperluan yang sama dengan parti dan pemimpin parti tersebut. Jika parti dan pemimpin parti tersebut mempunyai pengaruh yang kuat dan besar maka pengikut atau ahlinya atau penyokongnya akan bertambah ramai dengan cepat. Jika parti tersebut mempunyai keahlian dan penyokong yang ramai maka parti tersebut akan menjadi parti yang dominan serta berpengaruh dan kuat. Pemimpin dan parti tersebut boleh menentukan segalanya serta ditakuti dan dihormati oleh pemimpin dan parti-parti lain. Pemimpin dan parti-parti lain boleh menjadi penyokong kepada parti ini untuk menjadi lebih berpengaruh atau menjadi seteru dimana ia akan mengimbangi pengaruh serta kuasa pemimpin dari parti tersebut. Jika kuasa yang ada dapat diseimbangi maka pemimpin akan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap rakyat kerana kuasa sebenarnya adalah ditangan rakyat. Rakyat akan menentukan segalanya apabila tiba masanya.

Jika parti tersebut telah mempunyai jenama serta pemimpin yang baik dan kuat maka ramai ahlinya akan mendapat faedah seperti menggunakan platform atau landasan parti tersebut untuk mendapatkan sesuatu seperti memenangi pilihan raya. Ramai pemimpin yang memenangi pilihan raya disebabkan oleh partinya dan pengaruh pemimpin tertentu di dalam parti tersebut. Walaupun beliau tidak mempunyai pengaruh sendiri tetapi masih boleh menang. Walaupun begitu sememangnya ada beberapa kerat pemimpin yang mempunyai kekuatan jenamanya sendiri yang berkarisma serta berpengaruh. Mereka ini sentiasa di hati rakyat walaupun asalnya mereka tidak mempunyai kuasa dan bukan duduk dalam kerajaan.

Contoh yang ketara adalah AP Permatang Pauh iaitu DSAI yang mempunyai berbagai masalah semenjak disingkirkan dari kabinet TDMM. Beliau tetap diterima rakyat walaupun kes-kesnya masih banyak yang belum selesai. Beliau juga bukan sahaja diterima oleh rakyat tempatan tetapi diterima juga oleh pemimpin peringkat antarabangsa baik dari negara barat mahupun timur dan juga dikalangan pemimpin dan alim ulamak. Beliau senantiasa memenangi hati rakyat walaupun berbagai perkara yang berlaku dan dilakukan terhadapnya sehingga dirinya difitnah dan dihina dan sememangnya ia menjejaskan kredibiliti beliau. Tugas beliau juga menjadi semakin berat kerana beliau perlu membangunkan semula segalanya baik pengaruh dirinya, keluarganya, partinya, pengikut-pengikutnya serta kawan-kawannya. . Tetapi disebabkan jenama beliau yang sudah dikenali dan telah diterima baik maka ia tetap menjadi ikon kepada mereka semua. Beliau juga mempunyai keistimewaan iaitu boleh membantu memenangkan orang lain seperti beberapa pemimpin lain yang berada dalam Keadilan, PAS dan DAP dalam pilihanraya yang lepas.

Terdapat juga AP bebas yang menggunakan platform PAS untuk memenangi pilihan raya seperti di Pasir Mas. Nama TGNA dan PAS telah membantu pemimpin tersebut untuk menang pilihan raya tersebut walaupun beliau telah mengkhianatinya selepas itu. Pada waktu ini lebih banyak AP yang sudah keluar dari parti asal kerana mengistiharkan diri mereka bebas dan pro kepada parti pemerintah. Sedarkah mereka kenapa mereka boleh menang pilihan raya dulu. kenapa mereka mengkhianati rakyat. Jika mereka berjuang untuk agama, bangsa dan maruah diri sepatutnya mereka melepaskan jawatan AP tersebut seperti bekas Timbalan Ketua Menteri PP. Walaupun akhirnya melompat juga dan menjadi jurucakap kepada parti baru. Samalah seperti bekas ahli yang telah melompat sebelum ini.

Jika kita berada di dalam parti yang baru sememangnyalah ianya belum stabil dalam segenap segi. Kitalah sebagai pemimpin kecil yang bertanggungjawab mengemaskini dan menutup segala kelemahan yang ada itu. Kita juga perlu berkorban apa saja untuk menghidupkan dan membangunkan parti kita. Jika kita cuba mengambil kesempatan atas kelemahan dan kekurangan yang ada dan berlaku sebenarnya kitalah firaun kecil serta musuh dalam selimut parti itu. Kita takut pengorbanan kita tidak dibalas dan mula tamak dengan kemenangan kecil yang kita perolehi. Cerita ini samalah dengan satu peperangan yang Nabi kita harungi di mana apabila kemenangan telah dikecapi, semuanya sudah lupa diri serta peringatan Rasullullah dan meninggalkan tugas dan tanggungjawab masing-masing untuk merebut harta dan imbuhan yang berada di depan mata. Apabila pihak musuh membuat serangan balas pada waktu itu, maka mudahlah bagi mereka kerana kita sudah tidak bersedia dan berada diluar tempat atau kubu. Nabi juga mengingatkan bahawa peperangan tersebut hendaklah dijadikan pengajaran kepada umatnya dan termasuklah kita jika kita berpegang kepada lunas-lunas Islam.

Kita sepatutnya berterima kasih kepada mereka yang tidak duduk diam membangun dan memperkuatkan parti dari semua sudut termasuk mengadakan hubungan baik dengan parti-parti lain. Ini dapat dilihat dari hasil gerak kerja yang dibuat. Tetapi tugas pemimpin yang lain cukup senang iaitu duduk diam dan senyum tetapi mereka masih ingin berbunyi takut mereka akan dilupakan atau tiada imbuhan untuk mereka. Pada masa yang sama mereka juga sibuk mengutuk antara satu sama lain serta menuntut imbuhan yang kononnya mereka berhak.

Eloklah duduk di luar dan mintalah dengan pihak lain kerana sebagai pejuang yang ikhlas dan berwawasan pemimpin besar tidak mempunyai masa untuk melayan kerenah mereka yang tamak serta hidup berpura-pura.

No comments:

Post a Comment

Hidupkan demokrasi rakyat.

Puliharalah kepercayaan rakyat terhadap pemimpin demi demokrasi rakyat dari rakyat untuk rakyat.