1Malaysia - Rakyat didahulukan untuk kepentingan dan kesenangan rakyat.

Rakyat yang memilih pemimpin dan pemimpin berkhidmat untuk rakyat dengan imbuhan tertentu. Jangan hilangkan kepercayaan rakyat dengan mempersendakan dan mempermainkan amanah yang telah diberikan.

Walaupun dalam hierachy rakyat duduknya dibawah sekali tetapi sebenarnya merekalah yang menentukan segalanya. Kebenarannya adalah setiap lima tahun pemimpin akan mula berkempen untuk memenangi hati rakyat supaya diberi mandat untuk mereka berkhidmat untuk rakyat.

Sunday, March 14, 2010

Sediakan gelanggang terbuka

Kenapa perlu diwar-warkan Melayu perlu bersatu. Melayu tetap Melayu walau parti mana yang mereka sokong dan parti mana yang menang kerana mereka bertanding hanyalah untuk parlimen Malaysia dan bukannya untuk bangsa Melayu. Negara Malaysia juga telah diwujudkan dengan jaminan bahawa Melayu dan Islam akan dilindungi dalam perlembagaan negara. Melahirkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbagai bangsa, agama, keturunan, etnik, bahasa dan budaya itulah matlamat sebenar negara kita dari dulu, kini dan masa depan. Itulah sebenarnya kebanggaan rakyat Malaysia selama ini. Tiada slogan yang dibuat untuk menjadikan 1Melayu tetapi 1Malaysia yang dijadikan gagasan parti pemerintah. Walaupun gagasan tersebut amat bertentangan dengan kemajmukan rakyat Malaysia tetapi ia masih diteruskan seolah-olah untuk mengalih pandangan rakyat kepada sesuatu yang selama ini dipegang teguh oleh rakyat Malaysia. Mungkin pemimpin sahaja yang syok sendiri dan belum memahami kehendak dan kemahuan rakyat selama ini.

Pemimpin negara sahaja yang selama ini begitu sombong kepada rakyat supaya mengikut kehendak dan kemahuan serta patuh dengan agenda dan cita-cita mereka. Adakah rakyat merestui setiap slogan dan gagasan yang disuarakan dan dibuat oleh mereka. Bukankah ia suatu yang amat janggal sekali jika pemimpin sesuka hati membazirkan masa, tenaga dan wang rakyat dengan berkempen untuk kepentingan diri sendiri. Jika pemimpin tersebut bertanggungjawab mereka sepatutnya mengambil langkah yang drastik dengan mengasingkan pemimpin yang mempunyai rekod yang tidak baik dan bersih. Jika tidak mahu mengambil tindakan undang-undang, sepatutnya singkirkan mereka dari arus kepimpinan. Jangan seperti hangat-hangat tahi ayam yang hanya dibuat untuk mengkaburi mata rakyat. Rakyat perlu dipimpin oleh mereka yang benar-benar ikhlas, bersih dan bertanggungjawab.

Apa yang rakyat lihat dan perhatikan, pemimpin-pemimpin ini cuma dibekukan sementara dan kemudian dicycle semula dan diberi jawatan atau imbuhan sebagaimana yang ada sekarang. Mereka seolah-olah dibayar dengan imbuhan yang sangat mewah setelah dicycle. Inikah yang rakyat kehendaki atau pemimpin atasan yang merancang serta sokongan pemimpin kecil supaya mereka diterima semula. Setakat hari ini tiada bekas pemimpin yang diambil tindakan atas kesalahan yang terang-terang mereka dilihat lakukan. Apa yang dilihat adalah mainan silap mata yang mungkin telah dirancang untuk melindungi kelemahan dan kesalahan antara satu sama lain.

Signal telah dapat dilihat pada PRU yang lalu. Rakyat telah mula buka mata dan berani mengubah keadaan. Walaupun ia sukar diterima oleh pemimpin tertentu tetapi itulah yang berlaku dan dikehendaki oleh rakyat. Samada mereka marah kepada pemimpin yang sedia ada dan mahu memberi pengajaran kepada mereka dengan memberi undi kepada lawannya atau mereka sudah bosan dengan sandiwara politik mereka selama ini dan mahu mengubah senerio politik negara atau mereka sememangnya menyokong lawannya. rakyat telah mula buka mata dan bertindak dan bagaimana pula dengan pemimpin yang ada.

Bila rakyat sudah dapat melihat sedikit perubahan yang berlaku disebabkan kuasa yang ada dan gunakan. Maka mereka mungkin tidak segan silu mengubah keseluruhannya pada masa depan dengan bersatu sabagai rakyat yang telah dikianati dan ditindas selama ini untuk membuat perubahan yang lebih drastik.

Banyak perkara yang berlaku sekarang seolah-olah mereka yang menang dipihak pembangkang seolah-olah berpecah dan dipecahkan. Berkemungkinan mereka yang bermasalah dan melompat tersebut mempunyai agenda peribadi untuk jangkamasa pendek. Katak-katak ini sebenarnya tiada tempat dalam parti sedia ada dan parti lawannya kerana kepimpinan yang ada sudah sedia tertutup rapat untuk orang luar. Pemimpin parti mana yang dengan sukarela ingin mengkongsi kuasa mereka atau memberi jawatan mereka kepada oarang baru. Katak-katak ini walaupun sangat pandai melompat perlu bermula karier mereka dari bawah dalam parti tersebut. Buat masa sekarang mereka hanya berjawatan sebagai AP sahaja yang telah mereka khianati dan sekarang menjadi sumpahan rakyat. Kononnya memperjuangkan agama tetapi sifat-sifat peribadi mereka sekarang sangatlah rendah di mata rakyat kerana dengan melompat parti itu dengan sendirinya mereka telah menjatuhkan maruah sendiri dan mengkhianati rakyat. Insaflah dan bertaubatlah supaya perjuangan kita diredhaiNya.

No comments:

Post a Comment

Hidupkan demokrasi rakyat.

Puliharalah kepercayaan rakyat terhadap pemimpin demi demokrasi rakyat dari rakyat untuk rakyat.