Semua orang ada ulasannya tersendiri mengenai sesuatu perkara sama pro atau con. Setiap orang mempunyai pendirian dan pandangan berbeza mengenai perkara yang sama dan kita bebas untuk mempertahan hak istimewa tersebut. Tetapi jika kita berkumpulan maka hak kita akan menjadi hak semua dan perlu akur dengan pendirian bersama.
Politik juga begitu kerana jika kita berkumpulan maka kumpulanlah yang berkuasa dan pemimpin kumpulan yang telah dilantik dan diakuilah yang akan menjadi ketuanya. Kita perlu menghormati prinsip tersebut. Jika tidak, kita juga boleh menjadi individu yang bebas seperti pemimpin yang tidak mempunyai parti yang sebenarnya tidak mempunyai pengikut dan berkepentingan diri, sombong dan bongkah kerana merasakan dirinya sahaja yang betul. Tetapi pada hakikat sebenarnya mereka juga perlu bertanggungjawab kepada orang yang mengundi mereka. Disebabkan mereka mempunyai agenda peribadi maka beginilah yang kita tengok dan berlaku tanpa ada rasa bersalah dengan tidak bermaruah sekali.
Jika pemimpin ini boleh berkata apa saja, maka kita sebagai rakyat juga bebas berkata sebagaimana yang mereka suarakan. Apa lebihnya mereka sedangkan yang melantik mereka adalah kita semua. Kenapa mereka bebas menghalalkan cara tanpa rasa malu sedangkan mereka adalah wakil rakyat. Kita malu berwakilkan mereka kerana kita telah ditipu oleh mereka. Asas perjuangan telah dmanipulasi demi kepentingan diri. Berhentilah menjadi wakil kami, berilah mandat kapada kami untuk memilih semula dan bertandinglah atas tiket bebas jika itu yang kamu mahukan. Kami tidak mahu kepada pemimpin yang tiada prinsip perjuangan kerana itulah yang akan menjahanamkan negara kita. Apa baiknya kamu duduk sebagai wakil kami sedangkan kamu tidak mewakili kami. Kamu rakus dengan kuasa dan kepentingan diri. Jika kami memilih BN maka BNlah wakil kami dan begitulah sebaliknya. Kami tidak memilih bebas kerana kami tahu ini akan memberi peluang kepada kamu untuk bebas berbuat apa saja termasuk merosakkan hidup kami. Sedar dirilah kamu. Jika kamu menang sebagai calun bebas maka barulah kamu bebas membawa kawasan kamu mengikut idealogi kamu tetapi ianya tidak begitu. Kamu menang atas parti dan rakyat berkehendakkan begitu. Jika kamu tidak suka, maka lepaskan jawatan kamu dan hiduplah kamu dalam dunia kamu. Jangan menyusahkan kami dengan mempergunakan kami sedangkan kamu bukan mewakili kami tetapi diri sendiri.
Jika kita mengaku sebagai manusia maka janganlah kita menjadi katak pula kerana katak lebih buruk daripada beruk Albert Einstein. Berkemungkinan kajian terdahulu bukan berpandukan kepada evolusi seperti digembar gemburkan tetapi mungkin melalui pemerhatian dan pengalaman terhadap perangai dan tingkah laku manusia. Ramai manusia ingin menjadi seperti itu tetapi kita tidak pernah dengar binatang ingin menjadi manusia. Mungkin binatang tersebut tahu bahawa kehidupan sebagai manusia mungkin lebih mencabar dan buruk daripada kehidupan mereka. Mereka juga sangat sedih dengan kehidupan kita yang juga memberi kesan kepada kehidupan mereka dengan kerakusan dan ketamakan kita menguruskan alam ini.
Manusia adalah sebaik-baik kejadian maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada serta carilah ilmu dan berimanlah serta takutlah akanNya, Tuhan semesta alam. Wallahualam.
Thursday, March 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hidupkan demokrasi rakyat.
Puliharalah kepercayaan rakyat terhadap pemimpin demi demokrasi rakyat dari rakyat untuk rakyat.
No comments:
Post a Comment