1Malaysia - Rakyat didahulukan untuk kepentingan dan kesenangan rakyat.

Rakyat yang memilih pemimpin dan pemimpin berkhidmat untuk rakyat dengan imbuhan tertentu. Jangan hilangkan kepercayaan rakyat dengan mempersendakan dan mempermainkan amanah yang telah diberikan.

Walaupun dalam hierachy rakyat duduknya dibawah sekali tetapi sebenarnya merekalah yang menentukan segalanya. Kebenarannya adalah setiap lima tahun pemimpin akan mula berkempen untuk memenangi hati rakyat supaya diberi mandat untuk mereka berkhidmat untuk rakyat.

Thursday, March 25, 2010

Diet Sihat

Diet sihat adalah diet seimbang yang mengandungi;
- banyak serat sayuran
- karbohidrat kompleks
- vitamin, mineral- enzim
- minyak tidak jenuh yang dapat menjaga keseimbangan level kolesterol dalam darah.

Makanan pada asasnya merupakan sumber tenaga bagi manusia dan makhluk hidup yang lain. Makanan mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk proses metabolisme. Adapun nutrisi yang terkandung dalam makanan adalah karbohidrat, gula, serat, protein, dan lemak, dan juga vitamin serta mineral.

Tiap-tiap zat mempunyai fungsi yang berbeda. Karbohidrat, protein dan lemak, misalnya berfungsi sebagai sumber utama tenaga, sementara serat berfungsi untuk membantu proses pencernaan. Tanpa serat yang cukup, proses pencernaan akan terganggu. Demikian pula dengan vitamin dan mineral yang mempunyai tugas yang sangat penting iaitu mengoptimalkan proses pencernaan dan penyerapan makanan.

Menu diet sihat adalah diet seimbang yang mengandung banyak serat sayuran. Menu diet sihat tidak mengandung banyak lemak jenuh berasal dari binatang. Dalam proses metabolisme, lemak diperlukan dalam jumlah yang sedikit, jadi bila terjadi kelebihan asupan lemak, maka kelebihan lemak dikumpul dalam tubuh dan tersimpan dalam pembuluh darah. Kesan buruk dari kelebihan lemak dalam tubuh adalah timbulnya cholesterol pada dinding-dinding pembuluh darah yang menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Ini sangat membahayakan kesihatan, bahkan menyebabkan kematian.

Bagaimana mengaplikasikan pola diet sihat?
Diet sihat adalah rahsia hidup sihat dan umur panjang, yang dirindukan oleh semua orang. Sayangnya, banyak orang yang menginginkan hidup sihat dan umur panjang, namun mereka enggan atau bahkan tidak tahu bagaimana menerapkan cara diet sihat ini. Sering kesedaran akan megikuti pola diet sihat muncul setelah dihinggapi berbagai penyakit.

Memang mengikuti pola diet sihat bukanlah hal yang mudah, lebih-lebih lagi bila kita sudah bertahun-tahun mempunyai kebiasaan makan makanan tertentu. Memilih makanan yang lazat tanpa mempedulikan apakah makanan yang kita makan itu masuk dalam kriteria diet sihat atau tidak.

Sebenarnya, bila kita mengikuti pola diet sihat bukanlah bererti bahwa kita hanya makan sayur atau menjadi vegetarian; bukan pula bererti bahwa kita mengkonsumsi beras merah seumur hidup kita. Memilih diet sihat bukan bererti kita mengucapkan selamat tinggal kepada makanan-makanan enak dan lazat yang biasa kita nikmati.

Mengikuti pola diet sihat sebaliknya dimulai dengan mengadakan perubahan-perubahan kecil pada makanan yang kita pilih, juga pada cara kita mempersiapkan makanan. Jadi, diet sihat bukanlah masalah makanan baik atau buruk, makanan sehat atau tidak sihat. Tetapi diet sihat lebih menumpukan kepada keseimbangan, had-had dan variasi makanan.

Keseimbangan
Diet seimbang sangat diperlukan sebagai unsur pola diet sihat. Diet seimbang juga bererti tidak ada makanan yang dilarang, mengingat setiap makanan mengandung nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Namun beberapa jenis makanan mesti diambil dalam jumlah lebih banyak, misalnya sayur dan buah, daging tanpa lemak, ikan.

Had-had
Had-had makanan tertentu perlu dilakukan mengingat keperluan tubuh akan unsur tertentu (misalnya lemak) dalam proses metabolisme tidaklah banyak.

Variasi
Mengambil makanan bervariasi merupakan hal yang penting dalam diet sihat. Dengan mengambil berbagai jenis makanan, tubuh akan mendapatkan persediaan nutrisi yang lengkap. Hal ini sangat berguna bagi kesihatan.

http://www.dietsehat.info/

No comments:

Post a Comment

Hidupkan demokrasi rakyat.

Puliharalah kepercayaan rakyat terhadap pemimpin demi demokrasi rakyat dari rakyat untuk rakyat.