Malaysia akan dijadikan sebagai pusat atau hub untuk makanan halal. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan sijil halal sejak 1974 lagi dan jika tempoh ini dijadikan kayu ukur, isu halal itu sendiri telah wujud lebih kurang 30 tahun. Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), telah memulakan operasi dan pengurusan pensijilan halal bagi produk dalam dan luar negara menurut lapuran akbar sebelum ini.
http://beritahairanon9.blogspot.com/2010/03/jakim-cuba-menghalalkan-benda-yang.html
Tapi kenapa kini diwartakan bahawa sebenarnya ada pengeluaran sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak swasta. Terdapat syarikat yang memohon untuk kelulusan sijil halal telah membuat permohonan semula kepada pihak swasta kerana mendapati pihak JAKIM tidak meluluskan permohonan mereka dan pihak swasta lebih mudah berurusan dan memberi kelulusan. Pihak JAKIM telah mengambil keputusan akan membatalkan semua kelulusan pihak swasta kerana tidak mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM. Apa yang sebenarnya ingin dijelaskan oleh pihak JAKIM ialah mereka masih belum mendapat mandat atau kuasa sehingga kini. Apabila kelulusan diperolehi maka mereka akan berkuasa penuh mengikut undang-undang dan pihak swasta tidak lain mempunyai kuasa mengeluarkan sijil halal tersebut.
http://malaysia.news.yahoo.com/bnm/20100309/tbs-jamil-halal-ceeeaba.html
http://ibnuabbas.wordpress.com/2007/12/06/terbaru-pengesahan-halal-jakim/
Masih menjadi tanda tanya kenapa perkara ini baru berbangkit sedangkan selama ini apa yang masyarakat faham bahawa sijil halal itu hanya dikeluarkan oleh JAKIM dan tiada pihak kedua atau ketiga. Jika ada sijil yang tidak dikeluarkan oleh JAKIM maka ia adalah tiruan. Tetapi sebenarnya jauh panggang dari api, rupa-rupanya sememangnya banyak syarikat swasta yang mengeluarkan sijil tersebut bagi pihak kerajaan dan JAKIM. Bagaimana pula dengan hub halal yang telah dipromosikan keseluruh pelusuk dunia. Adakah perkara halal haram ini hanya sebagai retorik pihak tertentu sahaja. Sepatutnya jika kita hendak menggunakan hukum Allah maka kita tidak boleh berkompromi mengenainya. Jangan kita sekali-kali menghalalkan cara. Pengeluaran hukum hendaklah betul mengikut ketetapan yang telah ditentukan oleh Al Quran.
http://www.halal.gov.my/content_view.php?IDarticle=164&PHPSESSID=36a34e6636d8e1c3d8d506656367ad46
Di mana letaknya kesungguhan pihak tertentu jika perkara asas dan terpenting diabaikan dan dipandang ringan. Bagaimana kita hendak menentukan halal haramnya jika kita sendiri tidak layak menentukannya terlebih dahulu. Apa standard yang kita gunakan, siapa yang berkelayakkan mengeluarkannya, apa kelayakkannya, bagaimana ia menentukan sesuatu perkara itu halal atau haram, cukupkah kelengkapan penyelidikan, makmal dan peralatan mereka untuk R&D, apa langkah penguatkuasaan mereka dan berbagai-bagai persolan yang perlu di tanya dan di jawab sebelum, semasa dan selepas melaksanakannya.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/2/12/nation/20080212152202&sec=nation?TB_iframe=true&height=650&width=850
Perkara hukum sepatutnya pihak berkuasa tidak main-main. Sekurang-kurangnya rakyak yakin dengan apa yang mereka gunakan dan makan selama ini setelah barangan tersebut dicop halal di bungkusannya. Tetapi jika syarikat yang mengeluarkannya adalah haram, bagaimana ia boleh mengeluarkan yang halal.
http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=4424
Monday, March 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hidupkan demokrasi rakyat.
Puliharalah kepercayaan rakyat terhadap pemimpin demi demokrasi rakyat dari rakyat untuk rakyat.
No comments:
Post a Comment