Masih menjadi tanda tanya bagaimana sesuatu gagasan atau agenda kerajaan itu dilaksanakan. Bukankah organisasinya sudah cukup tersusun dengan menteri-menteri kabinet bersama kementerian yang telah diwujudkan dengan kakitangan persekutuan dan kerajaan negeri bersama ahli majlis serta kakitangan kerajaan negerinya. Sokongan yang luar biasa dari sistem kehakiman dan jabatan peguam negara, ketenteraan, kepolisian, suruhanjaya pilihanraya, suruhanjaya pencegahan rasuah dan dari berbagai agensi serta jabatan kerajaan yang lain juga sepatutnya menjadi kelebihan kepada setiap perlaksanaan gagasan kerajaaan. Dengan sistem yang ada serta organisasi yang baik maka sepatutnya setiap gagasan kerajaan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan tersusun sehingga sampai dan di terima rakyat.
Sebagai perbandingannya, 1Malaysia merupakan satu gagasan utama kerajaan dan Perdana Menteri yang sepatutnya mendapat sokongan serta komitmen semua menteri kabinet dan anggota kerajaan tanpa berbelah bagi. Semua menteri kabinet, menteri besar dan ahli majlis serta kementerian penerangan sepatutnya memainkan peranan utama untuk memupuk serta menyebarkan gagasan 1Malaysia tersebut kepada rakyat jelata. Mereka sepatutnya mempunyai pemahaman yang jelas serta mendokong dan menyokong sepenuh hati untuk menjayakan gagasan tersebut. Mereka sepatutnya memainkan peranan utama menjelaskan gagasan tersebut kepada rakyat sehingga diterima dan diamalkan oleh semua rakyat tanpa keraguan.
Di mana letaknya kekuatan 1Malaysia kerana pemahamannya masih kelabu dan menjadi semakin keliru di kalangan rakyat. Ini disebabkan tiadanya kekuatan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia tersebut kerana berbeza dengan keadaan dan situasi sebenar dalam negara. Kenapa perlu dikelirukan rakyat dengan slogan yang yang tidak mengambarkan keadaan sebenar. Malaysia terkenal dan bangga dengan rakyatnya yang berbilang kaum, bangsa dan agama iaitu mempunyai masyarakat majmuk yang mempunyai berbagai etnik, budaya, bahasa serta adat resam serta cita rasa makanan yang pelbagai.
Kerajaan juga telah gagal dan tidak berupaya untuk menyatukan sekolah dan pendidikan yang sedia ada kepada satu sistem yang sama serta bersepadu. Terdapat berbagai aliran dalam pendidikan dengan sistem pendidikan yang amat berbeza antara satu sama lain. Tahap pendidikan juga berbeza dari berbagai segi termasuklah mutu sekolah, pendidik dan murid dengan sistem yang caca marba dan berterabur. Niat yang baik perlu dituruti dengan pemaahaman, perancangan dan perlaksanaan yang sempurna untuk melahirkan hasil yang baik.
Peringkat universiti juga semakin mencabar dengan kos pembelajaran yang semakin meningkat. Walaupun kemudahan pinjaman disediakan tetapi ianya belum cukup kerana birokrasi yang ada dan pinjaman pelajaran ini juga akhirnya menjerat pelajar tersebut dengan bebanan hutang tanpa kerja.
Dari segi ekonominya pula sememangnya terdapat jurang yang amat ketara antara sesama bangsa kerana itulah yang diperjuangkan selama. Peluang hanya diberi kepada usahawan yang berkepentingan dan telah berjaya. Jika berlaku masalah mereka akan dibantu dan dilindungi supaya boleh terus bersaing. Usahawan kecil hanya diberi kemudahan pinjaman kecil supaya mereka boleh hidup sesama mereka tanpa kemajuan. Bersaing sesama sendiri akan menyebabkan usahawan kecil akan terus mengecil bilangannya dari masa ke semasa.
Usaha menyatukan mereka ke dalam koperasi dan persatuan akan menyebabkan mereka akan terus merempat dan menjadi pekerja kerana ahli lembaga pengarah akan didatangi dari langit untuk menerajui koperasi dan persatuan tersebut. Ahli politik, anggota pegawai kerajaan dan golongan elit yang telah berjaya akan terus mengawal kehidupan mereka jika bernaung dibawah koperasi dan persatuan. Keuntungan akhirnya hilang begitu sahaja.
Dimana letaknya 1Malaysia dalam situasi rakyat yang semakin terhimpit dengan kehidupan dan peluang yang semakin kecil ini. Bukanlah 1Malaysia ini sepatutnya memberi harapan dan peluang kepada rakyat jelata serta melindungi mereka. Kenapa pula setiausaha politik yang banyak memberi penjelasan dan pemahaman 1Malaysia kepada pegawai kerajaan dan rakyat di serata negara. Apa kuasa mereka untuk bertindak begitu. Di manakah pemimpin masyarakat yang telah dipilih oleh rakyat dan pemimpin kerajaan yang telah di pilih Perdana Menteri serta apakah peranan Kementerian Penerangan. Sememangnya seperti setiausaha politik diberi peluang untuk menonjolkan diri dalam setuasi ini seperti PM tidak mengharapkan kabinetnya atau kabinetnya masih belum memahami gagasan 1Malaysia tersebut.
Friday, March 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hidupkan demokrasi rakyat.
Puliharalah kepercayaan rakyat terhadap pemimpin demi demokrasi rakyat dari rakyat untuk rakyat.
No comments:
Post a Comment