1Malaysia - Rakyat didahulukan untuk kepentingan dan kesenangan rakyat.

Rakyat yang memilih pemimpin dan pemimpin berkhidmat untuk rakyat dengan imbuhan tertentu. Jangan hilangkan kepercayaan rakyat dengan mempersendakan dan mempermainkan amanah yang telah diberikan.

Walaupun dalam hierachy rakyat duduknya dibawah sekali tetapi sebenarnya merekalah yang menentukan segalanya. Kebenarannya adalah setiap lima tahun pemimpin akan mula berkempen untuk memenangi hati rakyat supaya diberi mandat untuk mereka berkhidmat untuk rakyat.

Tuesday, March 9, 2010

Kekuatan kita sebagai pemimpin

Bagaimana kita ingin mengetahui kekuatan kita. Siapa kita tanpa penyokong. Dimana kedudukan kita sebelum dan selepas pemilihan. Apa tanggungjawab kita setelah dipilih sebagai pemimpin. Pemimpin politik dan persatuan perlu mengharungi pemilihan sebelum mereka boleh berkuasa. Pemilihan yang diadakan melibatkan mereka yang berhak menentukan untung nasib pemimpin tersebut. Jika pemimpin tersebut sememangnya berpengaruh dan diterima ramai maka mudahlah baginya untuk mengharungi dan memenangi pemilihan tersebut. Jika beliau seorang yang baru dikenali maka perlulah beliau lebih banyak memperkenalkan diri kepada pemilih siapa beliau, sejarah kehidupan beliau dan kekuatan beliau untuk menjadi pemimpin. Ia juga banyak bergantung kepada penentangnya dalam pertandingan tersebut samada mereka popular, dikenali dan disukai ramai, berpengaruh atau kuat iaitu mempunyai ramai penyokong. Undi dari pemilih dan pengundi amatlah penting bagi setiap pemimpin. Jika tiada pertandingan yang diadakan maka mudahlah pemimpin tersebut untuk menang atau mengekalkan jawatan iaitu menang tanpa bertanding.

Ukuran kepada kekuatan seseorang pemimpin itu adalah kemenangan majoritinya. Lebih banyak majoriti yang dimenangi maka lebih berpengaruhlah beliau dan akan menjadi lebih berkuasalah beliau. Namun begitu beliau juga tidak dapat lari daripada orang yang tidak menyokongnya terutama mereka yang sanggup menentangnya dalam pertandingan tersebut dan para penyokong mereka. Jika ada pertandingan maka sememangnya kepimpinan beliau telah diragui dan ada pemimpin lain yang merasakan apa yang pemimpin tersebut buat maka mereka juga boleh melaksanakannya mungkin dengan lebih baik. Lebih ramai yang bertanding maka kepimpinan beliau sememangnya goyah dikalangan pemimpin itu sendiri. Penyokong juga memainkan peranan untuk menentukan majoriti kemenangan seseorang pemimpin.

Setiap ahli perlu diambil kira kerana faktor penentunya adalah undi. Pemilih yang berada diatas pagar juga perlu dikenalpasti kerana kita tidak dapat melihat mereka secara terang kerana kita tidak tahu siapa yang mereka undi. Undi mereka juga tidak tetap disamping mereka hanya mengambil sikap tunggu dan lihat.

Kehendak dan keperluan serta kepuasan semua perlu diutamakan. Ini disebabkan kemenangan kita akan menyebabkan kita bertanggungjawab terhadap semua pemilih atau pengundi walaupun kita hanya menang 1 undi. Kita akan tetap diistiharkan sebagai pemenang tetapi dalam masa yang sama kita mempunyai ramai penentang dan orang yang tidak menyokong kita. Kita perlu tukarkan mereka menjadi penyokong kita pada masa depan disamping mengekalkan sokongan yang sedia ada.

Kekuatan seseorang pemimpin bukanlah diatas kerja kuat dan kebaikan pemimpin itu sahaja. Faktor yang penting bagi seseorang pemimpin adalah bagaimana beliau mengenalpasti para pemilih dan pengundi di kawasannya, mempunyai hubungan baik dengan pemimpin atasan dan berkhidmat untuk semua pemilih dikawasannya sebagaimana kehendak semua pemilih.

Pemimpin tersebut boleh mewujudkan kroninya sendiri dikalangan mereka yang rapat dan boleh dipercayai. Tujuannya adalah untuk membantu beliau merapatkan hubungan dan menjalinkan ikatan dengan semua pemilih dan pengundi yang ada di situ. Ini termasuklah para pengundi dan penyokong beliau dan yang tidak mengundi atau menyokong beliau. Ini sebagai permulaan untuk beliau berkhidmat dengan lebih bertanggungjawab kepada semua yang berhak. Beliau perlu berkhidmat sebaik mungkin untuk mengekalkan pengaruh beliau disamping mempengaruhi mereka yang tidak menyokong mereka.

Apa yang pemilih dan pengundi hendak adalah pemimpin yang berkhidmat untuk mereka disamping tidak membelakangkan kepentingan mereka sebagai rakyat. Mereka juga ingin turut terlibat membangunkan negara dalam semua aspek. Sebagai wakil kepada mereka maka berkhidmatlah mengikut cita rasa mereka dan untuk untuk kepentingan diri. Jika pemimpin tersebut mempunyai pekerja atau pengikut maka kawallah mereka supaya tidak bertindak sesuka hati seolah-olah mereka pula yang berkuasa. mereka hanya sebagai pekerja kepada pemimpin tersebut dan bukannya dengan rakyat dan pemimpin tersebut pulah bekerja untuk membangunkan rakyat.

No comments:

Post a Comment

Hidupkan demokrasi rakyat.

Puliharalah kepercayaan rakyat terhadap pemimpin demi demokrasi rakyat dari rakyat untuk rakyat.